Kerani am pejabat melaksanakan pelbagai tugas perkeranian dan pentadbiran menurut prosedur yang ditetapkan. Kerani am pejabat menjalankan pe...
Kerani am pejabat melaksanakan pelbagai tugas perkeranian dan pentadbiran menurut prosedur yang ditetapkan. Kerani am pejabat menjalankan pelbagai tugas yang telah dikelaskan dalam mana-mana pekerjaan perkeranian pejabat yang khusus dan memerlukan pengetahuan yang terhad dalam sistem dan prosedur pengurusan pejabat. Tugasan melibatkan membantu tugas-tugas pentadbiran dan pengurusan sebagai contoh aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan tanah; pendaftaran, pelupusan, pungutan hasil, pembangunan dan tugas-tugas lain yang berkaitan; Tugas perkeranian juga boleh ditetapkan menurut prosedur pejabat dan merangkumi menjawab telefon, membuat kunci kira-kira, menaip atau pemprosesan kata, pentrengkasan, pengendalian mesin pejabat, pemfailan, rekod dan membantu khidmat pelanggan.
Tugas merangkumi:
merekodkan, menyediakan, mengisihkan, mengelaskan, dan memfailkan maklumat;
mengisihkan, membuka, dan menghantar mel;
membuat fotokopi dan memfaksimile dokumen;
menyediakan laporan kerja rutin;
merekodkan pengeluaran peralatan kepada kakitangan;
melayani panggilan telefon atau pertanyaan elektronik dan menyambungkan kepada
orang yang berkenaan;
menyalin maklumat ke dalam komputer, dan membaca pruf serta membetulkan salinan;
membantu tugasan khidmat pelanggan
menjalankan tugas yang berkaitan;
menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.
Semak senarai terkini jawatan kosong kerani di Malaysia. Klik butang dibawah: